 |
"Keperibadian seseorang terserlah semasa saat-saat cabaran besar, tetapi ianya terbina semasa individu tersebut menghadapi saat-saat cabaran yang kecil."
- Sir Winston Churchill
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
 |
| |
Salam..
Bercerite tentang keupayaan web browser ni memanglah sentiase berubah-ubah. Berubah bermaksud dari segi kecepatan akses, keselamatan dan macam2 lagi.
Kali ini saya nk bercerita tentang ciri terbaik dari Internet Explorer terbaru iaitu IE8.
Lapan ciri terbaik yang ditonjolkan dalam IE8 ialah:
1. Bar alamat URL pintar yang mengesan laman web dipercayai saja.
2. Tab sensitif yang mengenali sub laman web dibuka bagi mengelakkan kekeliruan akibat terlalu banyak ikon dibuka.
3. IE8 jauh lebih pantas dengan menawarkan langkah mudah membuka perkara yang diingini.
4. Memiliki ‘Web Slices’ yang mengumpul maklumat ke gemaran anda.
5. Kotak carian pantas di sebelah kanan yang memaparkan maklumat serta visual kecil memudahkan pengguna mencari data diperlukan.
6. IE8 mampu disesuaikan dengan apa jua standard web.
7. Selamat dan Terjamin.
8. Carian menggunakan kaedah ‘InPrivate’ menjamin ke selamatan data ketika menggunakan komputer awam atau melayari Internet di tempat umum.
Note:
izz :)
|
|
|
|
|
|
| |
Posted by: adminizz on Sunday, December 27, 2009
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
|
| |
 |
 |
|
|
|
 |
| |
MENERUSI kempen Sesuatu untuk Semua, Maxis Communications Berhad (Maxis) melancarkan pakej jalur lebar baru sebagai inisiatif meningkatkan lagi pengalaman pengguna.
Pengurus Besar Kanan Maxis, Afizulazha Abdullah, berkata Maxis meningkatkan kelajuan pemindahan data sehingga 7.2Mbps di seluruh negara membolehkan pengguna melayari jalur lebar untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan hiburan.
“Secara global, pengguna Internet di Malaysia mengungguli tempat pertama di laman Blog, tempat kedua di Friendster dan Myspace, tempat ketiga di Flickr, tempat ke-13 di YouTube dan ke-16 di Facebook.
“Peningkatan penggunaan jalur lebar di Malaysia juga disebabkan sikap ingin menguasai maklumat, wujudnya rangkaian sosial dan pelbagai. Malahan tidak mustahil apabila pengguna lebih suka berbelanja secara atas talian, berhibur serta merancang perjalanan cuti,” katanya.
Menurutnya, Maxis memenuhi impian pelanggan dengan menyediakan jaringan yang terbaik dari 1.5GB hingga ke 12GB untuk menyediakan keperluan terhadap data, suara dan muzik dengan harga yang amat berpatutan.
Pakej bulanan jalur lebar 1.5GB dapat dinikmati serendah RM58, bagi 3GB berharga RM78, 6GB RM118 manakala 12GB berharga RM178.
Bagi pakej tanpa modem pula, rebat RM10 diberikan untuk 12 bulan kepada pengguna yang melanggan Advanced Lite dengan harga bulanannya sebanyak RM68 daripada RM78 manakala RM48 bagi pelanggan Youth.
Pengguna yang jarang menggunakan Internet boleh melanggan pakej jalur lebar sehari dan seminggu iaitu pakej yang disediakan sebanyak RM8 dengan jumlah data 500MB untuk sehari manakala RM25 seminggu dengan jumlah data sehingga 2GB.
Note: :) Harian Metro
|
|
|
|
|
|
| |
Posted by: adminizz on Wednesday, November 25, 2009
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
|
| |
 |
 |
|
|
|
 |
| |
Virtualization adalah satu terma yang digunakan bagi mengambarkan cara untuk kongsikan penggunaan satu perkakasan komputer dengan lebih daripada satu sistem operasi.
Ia boleh digambarkan seperti menjalankan Windows dan Linux serentak dalam satu perkakasan malah lebih daripada satu sistem operasi bergantung kepada kapasiti perkakasan komputer.
Jika dahulu Virtualization digunakan dalam perkakasan mahal dan berkuasa tinggi dalam sistem operasi yang mahal, kini Virtualization boleh digunakan dalam perkakasan dengan harga lebih murah.
Kemajuan teknologi perkakasan komputer yang semakin laju dan murah untuk dibeli membolehkan teknologi ini berkembang dengan perkakasan-perkakasan komputer peribadi.
pelbagai Aplikasi Virtualization kini semakin matang untuk menjalankan aplikasi-aplikasi penting. Antara aplikasi Virtualization.
Note: izz :)
|
|
|
|
|
|
| |
Posted by: adminizz on Monday, November 09, 2009
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
|
| |
 |
 |
|
|
|
 |
| |
Sony mungkin tidak dapat menyimpan rahsia lagi kerana mereka pasti akan membuat satu pengumuman yang mengembirakan kita terutamanya di Malaysia ini.
Selepas berbulan-bulan desas-desus dan spekulasi yang dibuat oleh syarikat Sony itu akhirnya melakukan berita rasmi satu versi baru jenama nya PlayStation 3 konsol semasa satu permainan konvensyen di Jerman pada Selasa 18 Ogos 2009 yang lepas. Bila nak sampai Malaysia ni?..huhu
Dipanggil "PlayStation Slim," sistem baru dijangka dipasarkan di Amerika Utara dan Eropah pada 1 September pada harga $299 dan €299, masing-masing. Sampai Malaysia je mesti harga RM1000 lebih punye.
Lihat Gambar Sony PlayStation Slim
http://videogames.yahoo.com/featurescreenshot?eid=1344379&index=0
Note: Harap Ps3 ni dapat la turunkan harga lagi yee..hehe..bagus2..turunlah lagi..baru ramai beli..huhu
|
|
|
|
|
|
| |
Posted by: adminizz on Wednesday, August 19, 2009
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
|
| |
 |
 |
|
|
|
 |
| |
|
Pikom Pc Fair 2009 Kembali Lagi.
Salam. Kepada semua peminat barangan teknologi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Pikom PC Fair 2009 yang akan tiba tidak lama lagi. Masa dan tempat adalah seperti dibawah :
31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm) - KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
- Village Mall, Sungai Petani - Kedah
- Dewan Perbandaran Taiping - Perak
- Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm) - Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
- Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
- Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
- Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm) - KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
- Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm) - Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
- Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh
Note: sumber : www.pikom.org.my
|
|
|
|
|
|
| |
Posted by: adminizz on Monday, June 22, 2009
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
|
| |
 |
 |
|
|
|
 |
| |
Sony Malaysia menampilkan kamera DSLR untuk pengguna baru mula hendak berjinak dengan dunia fotografi profesional menerusi dua modelnya Sony a230 dan a330.
Model a230 dikatakan sebagai kamera DSLR paling ringan di dunia dengan hanya seberat 450 gram, manakala a330 dilengkapi teknologi 'Quick AF live view' yang beroperasi dengan lebih pantas serta skrin mudah lihat.
Note: Sember : hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
| |
Posted by: adminizz on Wednesday, June 10, 2009
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
|
| |
 |
 |
|
|
|
 |
| |
KUALA TERENGGANU - Seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 sekolah di negeri ini akan mula belajar menggunakan buku elektronik 'e-Book' dengan penyerahan buku itu bermula semalam.
Ia merupakan fasa pertama daripada jumlah keseluruhan 25,000 unit e-Book yang akan diserahkan kepada pelajar pada tahun ini secara berperingkat melalui Pejabat Pendidikan Daerah.
Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, dengan pelaksanaan program itu, pelajar dapat menguasai teknologi maklumat dan tidak perlu lagi membawa beg yang berat ke sekolah.
Jelasnya, e-Book itu dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat.
Selain itu, dengan pelaksanaan program itu juga, Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara yang menggunakan buku elektronik sepenuhnya menggantikan buku teks di sekolah.
Note: Note: Kosmo Online.
|
|
|
|
|
|
| |
Posted by: adminizz on Friday, June 05, 2009
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
|
| |
|
 |
- User Agent : ccbot/1.0 (+http://www.commoncrawl.org/bot.html)
- Browser :
- Browser version : 0
- OS : mpras
- OS version : *nix
|
|
 |